Rawatan Bekam Kaedah Moden Mengikut Standard KKM dan pesakit disyorkan untuk berbekam sebanyak 2 minggu sekali.

Rawatan Bekam Sunnah Di Lembah Klang

Rawatan Bekam Ke tempat anda.

Posted by MAZZ on December 8, 2012 in Rawatan with No Comments


017-2565496 PN.MAZZ

9am-7pm setiap hari

Untuk temujanji rawatan, sila SMS sejam awal sebelum datang. Sebarang pertanyaan lanjut atau temujanji rawatan sila SMS, jika anda ingin CALL juga dikhuatiri kami tidak dapat melayan panggilan anda kerana sibuk merawat pesakit pada waktu tersebut.

KENAPA PENYAKIT SIHIR BERULANG-ULANG ?

Posted by MAZZ on December 2, 2012 in Rawatan with No Comments


Jawapannya mudah sahaja,kerana tapak gangguan dalam badan pesakit tidak dipecahkan…Jin secara umumnya boleh bergerak dalam aliran tubuh manusia,aliran darah yang jin suka tinggal/lalui ialah aliran darah yang kotor iaitu betul-betul dibawah permukaan kulit badan manusia.Kaedah bekam pula adalah satu proses melukakan/menusuk lapisan kulit untuk mengeluarkan darah kotor dari badan.Kesimpulannya bagi pesakit gangguan yang sering berulang-ulang,anda disyorkan berbekam 2 minggu sekali pada anggota badan yang sakit,insyaAllah pengaruh gangguan jin akan berkurangan dari hari kehari kerana tapak gangguan tersebut sudah mulai pecah/musnah.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SENGGUGUT DIATASI DENGAN BERBEKAM

Posted by MAZZ on December 2, 2012 in Rawatan with No Comments


  Penyakit senggugut adalah simptom sakit perut kerana masalah ketidaklancaran pengeluaran darah haid ketika period dan ia kerap berlaku pada wanita bujang. Bagi menlancarkkan semula pengeluaran darah haid setiap bulan,anda disyorkan berbekam sebulan sekali secara konsisten.Titik bekam bagi masalah senggugut ialah di kawasan tengkuk,pingang dan pinggul serta dikawasan bawah pusat,insyaAllah kitaran haid anda lancar dan tidak lagi sakit ketika waktu period.

         Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SEGERALAH BERBEKAM BAGI MEREKA YANG KERAP MENGAMBIL UBATAN KLINIKAL

Posted by MAZZ on December 2, 2012 in Rawatan with No Comments


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam…

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM SEBULAN SEKALI DAPAT MERAWAT KEPUTIHAN …

Posted by MAZZ on November 2, 2012 in Rawatan with No Comments


Keputihan adalah mimpi ngeri untuk setiap wanita. Ia terjadi apabila seseorang dalam keadaan stress, terdapat jangkitan pada alat kemaluan, tidak menjaga kebersihan atau pemakanan yang tidak seimbang. Keputihan akan mengganggu hubungan suami-isteri, mengurangkan keyakinan diri wanita dan menyebabkan ketidakselesaan terutamanya ketika hendak menunaikan solat.

Rawatan bekam sebulan sekali dapat menyembuhkan penyakit keputihan. Darah kotor yang dikeluarkan dari badan dapat meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan kuman. Disamping badan akan menjadi lebih ringan seterusnya mengurangkan stress.

Rasulullah s.a.w bersabda:“Jika ada penyembuhan, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, madu dan ‘kay’ iaitu sundutan dengan api yang mengenai penyakit, akan tetapi aku tidak suka berubat dengan ‘kay’”. – Riwayat Ahmad dan Thabrani.

Rasulullah bersabda:“Tidaklah aku berlalu di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam aku diisra’kan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, Perintahlah umat kamu agar berbekam’”. – Riwayat Tarmizi.

WAKTU BERBEKAM….

Posted by MAZZ on November 2, 2012 in Rawatan with No Comments


Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21.” (HR Ahmad).

Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Adapun untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan bila-bila sahaja diperlukan. Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Imam as-Suyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak memakan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kalian.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami (III/388))

Ibnu Sina di dalam kitabnya ‘Al-Qaanun’ mengatakan: “Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak di akhir bulan kerana mungkin cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergerak lancar dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan.”

 

PESAKIT KENCING MANIS JANGAN TAKUT BERBEKAM……

Posted by MAZZ on October 28, 2012 in Rawatan with No Comments


 

 

Ramai diantara pesakit kencing manis yang merasa runsing dan risau terhadap rawatan bekam darah.Kerisauan terhadap luka tusukan jarum yang lambat baik amat menakutkan.Sebenarnya rawatan bekam ini adalah selamat terhadap penderita diabetes kerana  tusukan jarum adalah amat kecil sekali dan tidak mengakibatkan luka pada kulit anda.Tusukan jarum hanya menembusi kulit dan bukan daging .Pesakit kencing manis digalakkan berbekam bagi mengurangkan kadar gula dalam darah dan memperbaiki anggota pankreas yang menghasilkan insulin.Dengan rawatan bekam yang konsisten pastinya membuatkan badan anda akan lebih bertenaga semula .Ini diakui oleh ramai pesakit kencing manis yang telah membuat rawatan bekam.

 

PESAKIT GOUT SEGERA BERBEKAM

Posted by MAZZ on October 28, 2012 in Rawatan with No Comments


 

 

Secara umumnya punca penyakit gout adalah berpunca dari uric acid yang berlebihan pada sendi tertentu badan sehingga membuatkan pesakit terasa amat sakit ketika berjalan.

Uric acid yang menyebabkan gout ini perlu dikeluarkan dengan kaedah berbekam,anda tidak disyorkan untuk mengambil ubat pain killer kerana dikhuatiri akan memberi komplikasi pada buah pinggang.

Pesakit gout disyorkan berbekam pada betis dan kawasan buku lali kaki seminggu 1x sebanyak 3x sesi,insyaAllah sembuh sepenuhnya.

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BERBEKAM MENURUNKAN RISIKO TEKANAN DARAH TINGGI

Posted by MAZZ on October 19, 2012 in Rawatan with No Comments


Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain.

 

Jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara automatiknya, anda seorang yang sangat sensitif kepada tahap kemasinan setiap masakan.  Banyakkan makan sayur-sayuran, buah dan kekacang.  Contohnya bayam, brokoli, pisang, kentang dan sebahagian besar kekacang seperti tempe yang mengandungi kalium tinggi.

 

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

 

RAWATAN BEKAM WANITA/SUAMI ISTERI KERUMAH BAGI KAWASAN DI SELURUH LEMBAH KLANG

Posted by MAZZ on October 19, 2012 in Rawatan with No Comments


 

Bagi kaum wanita ataupun pasangan suami isteri yang inginkan rawatan bekam kerumah untuk kawasan sekitar lembah klang sila SMS/HUBUNGI PN.MAZZ ditalian 017-2565496 ,transport charges sebanyak RM30 akan dikenakan.

 

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT” (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)



017-2565496 pn.mazz

BUKA: 9am-7pm setiap hari

Untuk temujanji rawatan, sila SMS sejam awal sebelum datang. Sebarang pertanyaan lanjut atau temujanji rawatan sila SMS, jika anda ingin CALL juga dikhuatiri kami tidak dapat melayan panggilan anda kerana sibuk merawat pesakit pada waktu tersebut.

  • Calendar

    • May 2013
      M T W T F S S
      « Dec    
       12345
      6789101112
      13141516171819
      20212223242526
      2728293031  
  • Recent Post

  • video

  • Promosi Kami

  • Categories